jump to navigation

Makluman dan Tindakan May 18, 2010

Posted by silatkisas in Maklumat.
add a comment

Setiap pasukan yang bertanding diminta memuat turun Borang Pemeriksaan Kesihatan peserta dipautan yang disediakan. Borang tersebut, perlulah dilengkapkan dan dihantar ketika pendaftaran peserta dilakukan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN May 12, 2010

Posted by silatkisas in Maklumat.
10 comments

1 SYARAT PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan sekolah yang berminat.

1.2 Setiap pasukan adalah bebas untuk menghantar seberapa banyak penyertaan bagi setiap acara yang dipertandingkan.

1.3 Setiap pasukan terdiri daripada

Pengurus Pasukan : 1 orang

Jurulatih Pasukan : 1 orang

Pesilat Tanding      : 3 orang

Jumlah                     : 5 orang

2 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

2.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan dan undian akan jalankan lebih awal (25 Jun 2010/ 8.30 pm/Dewan Ulul Albab KISAS).

2.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta kepada urusetia semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Pengesahan terakhir senarai nama pesilat yang akan bertanding hendaklah dilakukan sebelum pertandingan dimulakan.

2.3 Bagi Pengurus Pasukan/wakil yang gagal menghadiri diri pada mesyuarat pengurusan, proses pengundian akan dilakukan oleh wakil daripada pihak urusetia

3 PEMERIKSAAN KESIHATAN

3.1 Semua pesilat mestilah disahkan sihat dan layak bertandingan oleh Pegawai Perubatan Bertauliah menggunakan surat yang disediakan oleh pihak penganjur

3.2 Pesilat yang gagal mengemukakan surat akuan tersebut sewaktu pendaftaran adalah tidak layak untuk bertanding

4 TIMBANG/TIMBANG ULANG

4.1 Timbang pesilat akan diadakan pada hari pertandingan

4.2 Pada penimbangan berat tersebut, pesilat berkenaan mesti berada di dalam kelasnya yang telah didaftarkan dengan memakai pakaian pencak silat potongan melayu. Tiada timbang ulang dilakukan

4.3 Pesilat yang gagal berada di dalam kelasnya semasa timbangan tersebut akan didiskualifikasikan

4.4 TOLERANSI ± 1kg digunakan sewaktu timbangan

5 PAKAIAN

5.1 Pesilat semasa pertandingan

5.1.1 Setiap pesilat hendaklah memakai pakaian seragam silat dengan potongan melayu

5.1.2 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindungan badan sama ada menggunakan peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur ataupun persendirian.

5.1.3 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung kemaluan yang diperbuat daripada bahan plastik (Tidak Disediakan oleh Pihak Penganjur)

5.1.4 Pelindung sendi yang nipis sesuai dengan fungsinya

6 KAEDAH PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan ini di jalankan berpandukan kepada Undang-undang dan Peraturan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) dan disesuaikan dengan undang-undang kecil kejohanan

6.2 Setiap perlawanan akan dibuat undian peserta untuk menentukan giliran bertanding.

6.3 Setiap perlawanan mengandungi satu (1) pusingan/babak. Tempoh setiap pusingan adalah dua (2) minit bersih.

6.4 Pasukan yang mendapat 2 kemenangan akan dikira sebagai pemenang dalam perlawanan tersebut.

6.5 Saiz gelanggang pertandingan akan dikecilkan.

6.6 Semua kumpulan hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan iaitu lima belas (15) minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan ketiga oleh Ketua Pertandingan, maka kumpulan tersebut akan dikira kalah dan kemenangan diberikan kepada lawan.

7 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem pertandingan kalah mati.

7.2 Pusingan pertama pertandingan akan ditentukan melalui undian untuk menentukan pasukan yang akan dilawan.

7.3 Pasukan yang menang akan bertanding di carta menang (1), yang kalah akan bertanding di carta kalah (3)

7.4 Pasukan yang kalah pusingan ke 2 di carta menang akan bertanding di carta kalah (2).

7.5 Pasukan yang kalah di carta kalah (3) akan terkeluar daripada pertandingan.

8 PEGAWAI TEKNIKAL/PENGADIL-PENGADIL

8.1 Teknikal Delegat, Ketua Pertandingan, Dewan Wasit Juri, Dewan Hakim dan Wasit Juri akan dilantik oleh Pengerusi Teknik PPD Klang, Selangor yang berhubung terus dengan Biro Wasit Juri Negeri Selangor

8.2 Segala tanggungan adalah dibawah pengurusan Jawatankuasa Pengelola

8.3 Semua pertandingan dikendali oleh pegawai-pegawai yang diiktiraf oleh PESAKA Selangor

8.4 Semua kuputusan yang dibuat oleh pegawai pertandingan adalah muktamad

9 BANTAHAN / TATATERTIB

9.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan Wang Pertaruhan sebanyak RM 350.00

9.2 Setiap bnatahan hendaklah dihantar kepada Ketua Pertandingan dalam masa 10 minit selepas keputusan pengadil diumumkan

9.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar

9.4 Bantahan boleh dibuat da dip roses megikut fasal11, Peraturan Pertandingan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) dan undang-undang kecil kejohanan.

9.5 Keputusan Teknikal Pertandingan adalah muktamad.

10 GANTIRUGI

10.1 Setiap pasukan adalah dinasihatkan mengambil perlindungan insurans.

10.2 Jawatan kuasa penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku ke atas mana-mana pesilat atau pegawai disepanjang kejohanan ini berlangsung samada dalam perjalanan pergi, semasa kejohanan dan balik daripada tempat kejohanan.

11 TARIKH TUTUP PENDAFTARAN

11.1 Surat Pengesahan Pasukan hendaklah sampai sebelum atau pada mesyuarat pengurus pasukan

11.2 Borang penyetaan berserta bayaran yuran hendaklah dibuat semasa pendaftaran pasukan atau semasa mesyuarat pengurus pasukan.

11.3 Setiap pasuka diminta datang lebih awal ke lokasi pertandingan bagi mengelakkan kesulitan sewaktu pegesahan penyertaan.

12 PENGINAPAN MAKAN DAN MINUM

12.1 Pihak penganjur tidak akan menyediakan makan dan minuman sepanjang kejohanan.

12.2 Penginapan juga tidak disediakan, tetapi penganjur akan menyediakan senarai hotel, hostel atau rumah tumpangan yang berdekatan dengan lokasi kejohanan.

13 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

PASUKAN PEREMPUAN

BIL KELAS BERAT BADAN (KG)
1 PUTERI I 42-45
2 PUTERI II 48-51
3 PUTERI III 54-57

PASUKAN LELAKI

BIL KELAS BERAT BADAN (KG)
1 PUTERA I 45-48
2 PUTERA II 51-54
3 PUTERA III 57-60

Salam Persilatan Nusantara April 23, 2010

Posted by silatkisas in Silat.
5 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang akan menganjurkan Kejohanan Pencak Silat Peringkat KISAS pada 26 Jun 2010. Kejohanan ini terbuka kepada semua sekolah di seluruh Malaysia dan jemputan kepada sekolah-sekolah di negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Maklumat lanjut berkenaan kejohanan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Terima Kasih